KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki digesa menjelaskan mengapa kurang tindakan diambil terhadap ahli politik yang dikaitkan dengan pembelotan yang sebelum ini terpalit isu rasuah.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dipetik laporan FMT memberi contoh siasatan SPRM ke atas Ahli Parlimen Kuala Langat, Dr Xavier Jayakumar.
Tahun lalu Azam berkata, Xavier disiasat berikutan penahanan kenalan rapatnya, M A Tinagaran, namun Guan Eng menyifatkan isu itu “menjadi dingin” selepas Xavier mengumumkan keluar KEADILAN untuk menyokong bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin ketika itu.
Beliau turut menyorot isu Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong yang juga berpaling tadah daripada KEADILAN, mengakui beliau dijanjikan jawatan rasmi yang akan memberikannya platform untuk membina semula ekonomi negara.
“Adakah ini bukan satu bentuk sogokan untuk Choong melompat?
“Mengapa Ahli Parlimen yang melompat daripada pembangkang kepada kerajaan tidak didakwa sedangkan ia jelas untuk kepentingan jawatan kerajaan?” soalnya.
Mengapa beberapa kes kontroversi jadi dingin? |
Pada masa sama, beliau juga mempersoalkan tiada tindakan yang diambil berhubung dakwaan rakaman audio Muhyiddin menawarkan jawatan dan kedudukan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan sebagai pertukaran kepada sokongan politik.
Katanya, Azam perlu memberi penjelasan mengapa tiada tindakan diambil dalam kes itu.
0 Comments