KERAJAAN digesa segera menangani isu kos sara hidup rakyat dengan melaksana penetapan gaji minimum RM1,500 sebelum akhir tahun ini.
Penegasan itu disuarakan Pengerusi KEADILAN Negeri Sembilan yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin.Harun.
Menurutnya, penetapan itu langkah tepat dan kena pada masanya kerana ia juga dilihat akan dapat menarik lebih ramai golongan muda untuk bekerja dalam sektor swasta dan perindustrian.
“Daripada segi kajian, kita lihat sektor berkenaan paling kurang kenaikan gaji, justeru saya amat mengalu-alukan kenaikan gaji minima ini dapat dilaksanakan dengan segera.
“Tidak perlu lagi menunggu untuk menaikkan gaji minimum terbabit. Ini masa yang sesuai mereka dapat gaji minimum RM1,500 sebulan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan (ADUN) Sikamat itu dipetik BH.
Terdahulu dilaporkan pekerja negara ini dijangka menikmati penetapan kadar gaji minimum yang baharu, pada nilai sekitar RM1,500 sebulan sebelum penghujung tahun ini.
Menurut Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan, beliau positif penetapan gaji minimum baharu itu boleh direalisasikan selepas mendapat persetujuan Jemaah Menteri walaupun nilai sebenar kadar baharu itu belum dimuktamadkan.
Bagaimanapun Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Syed Hussain Syed Husman dilapor media baru-baru ini berkata bahawa kini belum tiba masanya untuk melaksanakan cadangan gaji minimum RM1,500.
Jelasnya, kebanyakan majikan masih berusaha untuk membina semula perniagaan masing-masing yang terjejas teruk oleh pendemik dan banjir besar, sekali gus tidak mampu untuk menanggung sebarang peningkatan kos termasuklah peningkatan gaji minimum.
Kenyataan Syed Hussain itu kemudian mendapat kritikan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy yang berkata majikan tidak pernah setuju dengan perundangan berkenaan gaji minimum.
Penegasan itu disuarakan Pengerusi KEADILAN Negeri Sembilan yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin.Harun.
Menurutnya, penetapan itu langkah tepat dan kena pada masanya kerana ia juga dilihat akan dapat menarik lebih ramai golongan muda untuk bekerja dalam sektor swasta dan perindustrian.
“Daripada segi kajian, kita lihat sektor berkenaan paling kurang kenaikan gaji, justeru saya amat mengalu-alukan kenaikan gaji minima ini dapat dilaksanakan dengan segera.
“Tidak perlu lagi menunggu untuk menaikkan gaji minimum terbabit. Ini masa yang sesuai mereka dapat gaji minimum RM1,500 sebulan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan (ADUN) Sikamat itu dipetik BH.
Terdahulu dilaporkan pekerja negara ini dijangka menikmati penetapan kadar gaji minimum yang baharu, pada nilai sekitar RM1,500 sebulan sebelum penghujung tahun ini.
Menurut Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan, beliau positif penetapan gaji minimum baharu itu boleh direalisasikan selepas mendapat persetujuan Jemaah Menteri walaupun nilai sebenar kadar baharu itu belum dimuktamadkan.
Bagaimanapun Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Syed Hussain Syed Husman dilapor media baru-baru ini berkata bahawa kini belum tiba masanya untuk melaksanakan cadangan gaji minimum RM1,500.
Segerakan pelaksanaan gaji minimum |

0 Comments