MAJLIS Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Perak dilapor akan mengadakan perjumpaan dengan Presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Dipetik laporan Malaysiakini, pertemuan itu mahu diadakan bagi menamakan pengganti sementara penyandangnya, Farhash Wafa Salvador Rizal yang sebelum ini difahamkan mahu bertanding merebut jawatan ketua cabang Gombak sekali gus menentang Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.
Kesemua anggota MPN Perak bersama ketua-ketua cabang negeri Perak dijangka hadir ke mesyuarat itu.
"Pucuk pimpinan parti berjumpa dengan Farhash dua hari yang lalu.
"Hasil pertemuan tersebut kedua-dua pihak bersetuju untuk melantik seorang pengerusi interim (sementara) menggantikan Farhash sehingga berlangsungnya pemilihan parti pada April ini," kata seorang sumber kepada portal itu.
Sementara itu ketika dihubungi, satu sumber terdekat dengan pejabat Anwar mengesahkan perjumpaan yang akan berlangsung hari ini.
"Mesyuarat akan diadakan di ibu pejabat parti pada jam 3 petang. Akan ada pemilihan untuk pengerusi interim," katanya.
Farhash yang merupakan bekas Setiausaha Politik kepada Anwar memegang jawatan itu sejak 2019.
Beliau sebelum ini berkata akan menentang Amirudin di Bahagian Gombak dalam
Pemilihan parti itu dijadualkan pada 22-29 April ini, Farhash yang mengesahkan akan menentang Amirudin di Cabang Gombak menyifatkkan tindakannya itu sebagai sebahagian proses demokrasi.
Langkah itu dilihat sebagai persedian dalam usahanya mencabar Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, dan ADUN Gombak Setia, Hilman Idham, yang kini bersama parti Bersatu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Farhash dilihat sedang atur langkah cabar Azmin |
Setakat ini dua nama yang disebut-sebut sebagai calon utama yang akan menggantikan Farhash. Mereka ialah Ketua Cabang Teluk Intan, Muzaffar Shah Khairuddin, dan Ketua Cabang Tambun, Muhammad Arafat Varisai Mahamad yang pernah menggemparkan DUN Perak dengan menghadiahkan seekor ayam kepada Exco negeri itu.
0 Comments