Hanipa musykil bila Najib kata tak ada duit

 



BEKAS Presiden Umno, Najib Razak disifatkan cuba membina persepsi seolah-olah tidak mempunyai duit susulan perintah mahkamah agar asetnya dibeku sehingga AS$681 juta.

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin berkata, beliau rasa musykil bagaimana Najib seolah memberitahu beliau tiada wang, tetapi hakikatnya masih menggunakan khidmat peguam diraja yang memerlukan kos mahal.

“Untuk berlaku adil, mungkin betul dan mungkin juga tidak. Cuma kami musykil lah YB. Jika YB habaq YB tak ada duit, awat YB kalut nak pi guna khidmat peguam diraja atau Queen’s Counsel (QC)? Khidmat depa percuma ke?

“Rasanya yang ‘legal fees’ peguam dia sekarang pun dah mahal, apa lagi jika dia nak guna khidmat QC kan? Apa kata oleh kerana YB tak ada duit, YB tamatkan je khidmat semua ‘tok loya’ (peguam) kamu?

“Musykil juga orang yang dipersepsi tak berduit tetapi untuk belanja bulanan sahaja dah cecah RM100,000. Wow!,” ujar Hanipa.

Najib yang merupakan bekas Perdana menteri dalam respon susulan terhadap perintah  Mahkamah Tinggi menghalangnya daripada mengalih, melupus, mengendali atau mengurangkan nilai asetnya di dalam negara sehingga AS$681 juta menafikan dia mempunyai aset sebanyak itu.

Hanipa rasa aneh dengan kenyataan Najib
Najib menganggap ia merupakan permainan persepsi oleh firma guaman peribadi PM8 (yang mewakili kerajaan dalam kes 1MDB) untuk menunjukkan seolah dia mempunyai aset sebesar itu.
 
Berdasarkan dokumen perintah yang diperoleh media, Najib turut tidak dibenarkan mengeluarkan wang melebihi RM100,000 sebulan daripada akaun bank untuk perbelanjaan sara hidup biasa dan perbelanjaan guaman.

Post a Comment

0 Comments