BEKAS Menteri pendidikan, Maszlee Malik berkemungkinan besar bakal dicalonkan bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor bulan depan.
Perkara itu diakui Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipetik laporan sebuah portal.
Pada 26 Jan lalu, sumber dipetik sebagai mendedahkan Maszlee yang juga hli Parlimen Simpang Renggam akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-layang.
Sumber itu berkata, pertimbangan meletak Maszlee di kerusi itu sebagai persiapan untuk membolehkan beliau menjadi Menteri Besar, jika Pakatan Harapan (HARAPAN) meraih majoriti daripada keseluruhan 56 kerusi dipertandingkan.
Bagaimanapun, Anwar yang juga pengerusi gabungan itu berkata, persoalan berhubung kemungkinan mencalonkan Maszlee sebagai Menteri Besar belum dibincangkan gabungan itu setakat ini.
Maszlee tokoh disenangi banyak pihak |
“Tapi kemungkinan besar kita benarkan atau beri laluan kepada Maszlee bertanding di Dewan Undangan Negeri (Johor),” katanya.
Mazlee sebelum ini bercita-cita menjadikan semua DUN dalam Parlimen Simpang Renggam sebagai kawasan 'simpanan tetap' HARAPAN.
0 Comments