PARTI Keadilan Rakyat (KEADILAN) terus mengemuka sesakan supaya Putrajaya melaksanakan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti.
Ketua Setiausaha Pengelola KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata RUU itu seperti termaktub dalam butiran Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dengan Pakatan Harapan (HARAPAN) penting bagi menghalang wakil rakyat parti itu melompat parti sekaligus menyebabkan ketidakstabilan kerajaan.
Justeru itu tegasnya, KEADILAN terus akan memberi fokus supaya RUU itu dijayakan.
“Sebab itu antara perkara kita fokus dalam kerjasama kita dalam MoU antara kerajaan dengan HARAPAN iaitu Akta Anti Lompat Parti, bagi saya itu antara perkara sangat penting untuk kembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem politik tak kira apa parti politik supaya orang tahu, mereka undi parti wakil rakyat mereka akan kekal.
“Kalau nak lompat mereka kena hadapi PRK (pilihan raya kecil) kita nak tekankan, kita harap Akta Anti Lompat Parti yang menjadi sebahagian MoU akan terlaksana,” katanya.
Sementara itu, Nik Nazmi ketika mengulas penubuhan Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang sebahagian besar pucuk pimpinannya diterajui bekas pemimpin KEADILAN berkata, PBM tidak akan memberi sebarang ancaman kepada KEADILAN.
Sambil mengakui akan ada sedikit-sebanyak ahli PKR yang terpengaruh dan keluar menyertai PBM ketika PKR berdepan kesusahan, namun sebahagian besar ahli akan terus kekal bersama parti.
“Saya tak melihat PBM ancaman kepada KEADILAN, sebab kita ada pendirian jelas, perjuangan jelas, malah PBM difahamkan berminat nak bersama BN, sejauh mana Umno boleh bagi laluan kita tak tahu.
RUU Anti Lompat parti mesti diwujudkan |
Pada 21 Dis tahun lalu, PBM secara rasmi dilancarkan sebagai parti politik nasional selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) meluluskan pertukaran nama dan perlembagaannya daripada parti asal, iaitu Parti Pekerja Sarawak (SWP).
0 Comments