PENGARAH Komunikasi parti KEADILAN, Fahmi Fadzil menggesa agarSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi kebenaran untuk ceramah kecil-kecilan di tempat terbuka diadakan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Memetik laporan Berita Harian, Fahmi berkata, negara bakal memasuki fasa endemik Covid-19 dan rakyat perlu mula belajar menjalankan aktiviti hampir sama seperti sebelum pandemik.
“Bagaimanapun, isunya adalah mereka yang belum atau enggan mengambil vaksin akan terus berisiko terhadap jangkitan.
“Segala SOP termasuk penjarakan fizikal dan tidak bersentuhan perlu diamalkan, manakala ceramah secara kecil-kecilan di tempat terbuka berbanding di ruang tertutup seperti dewan atau balai raya patut dibenarkan,” katanya.
Semalam SPR mengumumkan 12 Mac sebagai hari pengundian bagi PRN Johor, tempoh berkempen pula adalah selama 14 hari.
Bagaimanapun suruhanjaya itu belum mengumumkan SOP bagi PRN tersebut.
Tambah Fahmi, kelonggaran itu mungkin sekurang-kurangnya membabitkan program tinjauan mesra supaya calon dapat bertemu pengundi di kedai dan pasar.
Langkah itu juga jelasnya memberi peluang untuk calon memperkenalkan diri kepada pengundi muda, susulan pelaksanaan Undi18 buat kali pertama pada PRN ini.
Wajar benar ceramah kecil di tepat terbuka |
“Saya sudah berhenti berharap mengenai hal ini. Selain itu, saya melihat tempoh kempen 14 hari bagi PRN Johor tidak mencukupi.
“Lebih baik SPR memberi lebih masa kerana banyak aktiviti kempen membabitkan pengundi sudah tidak relevan dalam konteks pandemik,” katanya dipetik.
0 Comments