Berhenti ambik 'nama' atas usaha orang lain, tegas Ahli Parlimen Batu


AHLI PARLIMEN Batu, P Prabakaran mendakwa ada segelintir pemimpin politik di kawasan berkenaan gemar ambil ‘nama’ atas usaha orang lain.

Dipetik laporan Malaysia gazette baru-baru ini, Ketua Angkatan Muda (AMK) Wilayah Persekutuan itu mendakwa Ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) di kawasan itu yang dipimpin 'orang UMNOo' suka menunjuk dan bercakap kosong berbanding berbakti kepada masyarakat setempat.

”Contohnya, Pengerusi MPP baru-baru ini letak posting dalam laman Facebook kononnya pihaknya telah menyelesaikan isu penduduk setempat. Yang sebenarnya lakukan usaha-usaha itu adalah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan saya. Tetapi kredit mereka ambil?

”Mengapa tidak malu dengan perbuatan kamu buat seperti ini? Selama ini saya hanya diam sahaja tapi hari ini saya panas hati dan tidak tahan dengan kerenah mereka ini.

”Masyarakat dan penduduk setempat perlukan bantuan tetapi kamu sibuk curi kredit dan usaha pihak lain. Cukuplah,” katanya menurut laporan itu.

Beliau berkata demikian selepas bertemu dengan penduduk Taman Wahyu yang mohon perhatian kerajaan untuk segera membuka jalan pintas di Jalan Sibu 1 yang sentiasa sesak dan menyulitkan penduduk sejak sekian lama.

Kata Prabakaran lagi, sepatutnya isu penduduk di Taman Wahyu ini selesai apatah lagi pimpinan dalam MPP ini diketuai oleh ahli UMNO.

”Kementerian Wilayah sudah lantik badan tertentu untuk bantu kes-kes penduduk setempat seperti MPP ini. MPP ini dalam kalangan UMNO jadi saya buntu mengapa mereka tidak boleh bantu penduduk Taman Wahyu ini.

”Kali terakhir saya datang sini sekitar enam bulan lepas, ketika itu jalan masih elok lagi. Sekarang jalan pintasan sudah penuh semak samun, rumput panjang. Bila saya tanya apa-apa perkembangan, tidak ada jawapan.

”Apabila penduduk tanya MPP, asyik jawab tunda pembukaan jalan pintas. Sampai bila hendak ‘postpone’? Tolonglah buat dengan segera, populasi di sini mencecah lebih 100,000. Untuk mereka, jalan masuk ke sini adalah Jalan Kuching, jalan keluar ada dua.

”Bila Jalan Kuching sesak, ramai guna Jalan Batu 5 sebagai jalan pintas menghala ke Jalan Duta. Oleh kerana itu, penduduk sini pula semakin sesak keluar taman sehingga boleh cecah 30 minit. Tolong fikir derita penduduk di sini,” katanya lagi.

Prabakaran gesa isu tertangguh cepat diselesaikan
Susulan isu itu jelasnya, beliau mendapat aduan penduduk hampir setiap hari yang mengadu masalah itu.

Justeru tegasnya, isu jalan berkenaan perlu diselesaikan pada kadar segera.

“Ada yang mengadu, ada yang marah, ada yang hendak gaduh sehingga saya juga tertekan sebenarnya. Jika hendak buat kerja, buatlah betul-betul capai KPI anda,” ujarnya seperti dilapor portal itu.

Post a Comment

0 Comments