SEORANG wakil rakyat dari KEADILAN membuat kejutan apabila bertindak menampal sendiri jalan berlubang dekat Jalan Beserah Kuantan.
Sim Chon Siang yang merupakan ADUN Terumtum mengambil tindakan itu susulan kecewa dengan tindakan terlalu perlahan pihak berkuasa membaiki jalan rosak di sekitar daerah itu.
Dipetik laporan Malaysiakini, Chong Siang sebelumnya meninjau jalan berkenaan pagi semalam dan sebaik menyedari masalah terbabit belum diuruskan pihak berkenaan.
Beliau kemudian menggunakan penyodok dan menampal jalan berlubang berkenaan dengan batu kerikil dan pasir.
"Saya sudah meninjau laluan ini sejak malam Ahad lalu sekitar jam 10 malam dan ketika itu, saya nampak ada tiga anggota polis sedang cuba membaiki jalan berlubang dengan meletakkan batu kecil.
"Perkara ini saya maklumkan kepada kontraktor yang menjalankan kerja pemasangan paip kumbahan sekitar bandar raya Kuantan untuk mereka ambil tindakan segera, namun apabila saya datang (tinjau) pagi semalam, lubang itu belum diperbaiki," katanya dipetik laporan portal itu.
Selain membaiki sendiri jalan terbabit, dia turut membantu mengawal lalu lintas berhampiran laluan berkenaan bagi mengelak kenderaan melanggar jalan berlubang itu.
Menurut Chong Siang, sebelum ini telah berlaku tiga kejadian membabitkan penunggang motosikal terlanggar lubang di laluan berkenaan.
Chong Siang bimbang belaku kemalangan lagi |
Sim berkata lubang itu muncul selepas hujan lebat baru-baru dan berada beberapa meter dari projek loji rawatan pembetungan berpusat di sepanjang Jalan Beserah, di Kuantan.
0 Comments