ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) hari ini menyerahkan memorandum berkait skandal milikan saham oleh ketua pesuruhjaya SPRM, Azam Baki kepada suruhanjaya itu.
Memorandum berupa 13 patah perkataan yang tertulis ‘UNDUR AZAM BAKI’ itu mewakili pandangan rakyat terutama golongan muda yang merasa khuatir skandal itu bakal mencalar reputasi badan pencegahan rasuah itu.
“Kita berdepan persimpangan di mana ketua pesuruhjaya SPRM dipertikai soal pembelian saham.
"Respon perdana menteri yang mengatakan beliau tak boleh campur tangan, seolah-olah tidak nampak kesungguhan dan komitmen beliau membuat satu tindakan lebih tegas,” kata Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir kepada pemberita di Putrajaya hari ini.
Beliau turut menyifatkan pemilikan saham oleh Azam Baki merupakan satu darurat integriti yang tidak boleh dipandang ringan.
Sebelumnya AMK mengadakan konvoi ‘Protes Slamatkan SPRM’ berjalan dengan aman di Dataran Putrajaya dan di hadapan bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Konvoi tersebut disertai kira-kira 50 buah kenderaan.
Sementara itu, Akmal mengkritik jawapan balas Ismail Sabri dalam sidang medianya semalam yang mengatakan bahawa kerajaan kekal untuk tidak campur tangan dalam isu Azam Baki.
Jika begitu beliau berkata, seharusnya perdana menteri memindahkan sahaja kuasa lantikan ketua pesuruhjaya SPRM dari kuasa Eksekutif ke bawah kuasa Parlimen.
“KP SPRM yang ada hari ini merupakan lantikan PM, bukan lantikan Parlimen. Jadi kalau nak katakan bahwa eksekutif tak mahu campur tangan, sepatutnya PM pidnahkan kuasa pelantikan KP dari kuasa PM kepada kuasa parlimen.
Mewakili kebimbangan golongan muda |
“Kita tahu bahawa di bawah peraturan Mesyuarat Parlimen, PM selaku ketua majlis boleh panggil Parlimen pada bila-bila masa masa. Macam mana PM panggil Parlimen (berhubung) isu banjir, PM juga ada kuasa arah Parlimen bersidang serta merta untuk membincangkan isu integriti SPRM,” tambahnya lagi.
0 Comments