AZAM BAKI tidak sepatutnya mengheret institusi diraja dalam masalah yang dihadapinya, tegas Peguam dan aktivis, Syahredzan Johan.
Syahredzan yang kini merupakan Setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu seolah-olah seperti ingin melibatkan institusi diraja dalam masalah defisit keyakinan dirinya sendiri.
Beliau merujuk kenyataan Azam yang mendakwa bahawa tindakan ‘memfitnah’ dirinya seperti ‘menghina’ Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang telah melantiknya ke jawatan tersebut.
“Azam Baki sudah tentu sedar bahawa menurut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Ketua Pesuruhjaya dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Dalam erti kata lain, YDPA tidak mempunyai budibicara dalam menentukan lantikan Ketua Pesuruhjaya, selaras juga dengan Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan.
Sehubungan itu beliau menggesa supaya Azam menarik semula kenyataan dibuatnya itu dalam kadar semula.
Syahredzan yang kini merupakan Setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu seolah-olah seperti ingin melibatkan institusi diraja dalam masalah defisit keyakinan dirinya sendiri.
Beliau merujuk kenyataan Azam yang mendakwa bahawa tindakan ‘memfitnah’ dirinya seperti ‘menghina’ Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang telah melantiknya ke jawatan tersebut.
“Azam Baki sudah tentu sedar bahawa menurut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Ketua Pesuruhjaya dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
| Azam digesa tarik balik kenyataan |

0 Comments