AHLI PARLIMEN Segambut, Hannah Yeoh menyerahkan sumbangan bot, 10 jaket penyelamat dan 10 topi keledar kepada Balai Polis Sri Hartamas.
Sumbangan bekas timbalan Menteri dari parti DAP itu bagi persediaan misi menyelamat jika kejadian banjir seperti yang berlaku pada hujung Disember lalu berulang lagi.
“Walaupun saya bukan lagi dalam kerajaan, tapi ini salah satu janji saya semasa kempen PRU 2018 iaitu untuk menjaga kebajikan polis.
“Selagi saya mampu membantu, saya akan usahakan yang terbaik untuk warga Segambut,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Terdahulu, Hannah merupakan wakil rakyat yang dilihat terkedepan membela rakyat terhadap ancaman banjir.
Awal bulan ini bekas Speaker DUN Selangor itu membangkitkan isu berkenaan beberapa cadangan projek perumahan rumah mampu milik di kawasan yang pada asalnya ditandakan untuk menjadi kolam takungan banjir.
Beliau secara khusus menyebut projek perumahan mampu milik di kolam takungan banjir Batu dan Batu 4 ½ di Kuala Lumpur yang dikenal pasti dalam Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 2 pada September lalu, yang diluluskan untuk tujuan pembangunan.
Tambahnya,golongan yang tidak mampu memiliki rumah sendiri tetap perlu diberi layanan yang “bermaruah”.
“Berhenti tawarkan mereka kolam (takungan) untuk jadikan perumahan dan bila banjir, beri mereka RM1,000. Tak cukup,” tegas Hannah.
Susulan itu beliau menggesa Annuar Musa, selaku bekas menteri wilayah persekutuan, untuk menjelaskan bagaimana dua projek itu diluluskan pada Ogos dan September 2020.
Hannah tunai tanggungjawab sebagai pemimpin |
Ia bagi mengenal pasti sama ada berlaku unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam kelulusan itu.
0 Comments