DAP kritik KM S'wak, dakwa berlaku ‘pemusatan kuasa’


PENGERUSI DAP negeri Sarawak, Chong Chieng Jen berkata bahawa rakyat di negeri itu perlu perlu bimbang dengan “pemusatan kuasa tidak pernah berlaku” di tangan Ketua Menteri, Abang Johari Openg

Ia susulan tindakan Abang Johari pada Khamis lalu yang mengumumkan  10 Menteri dan 26 Menteri Muda dalam Kabinet negeri baharunya.

Ia menyaksikan Abang Johari, Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), turut memegang jawatan Menteri Kewangan dan Ekonomi, Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar serta Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar.

Mengulas perkara itu, Chieng Jen berkata bahawa majoriti kukuh dinikmati gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan lalu tidak bermakna Abang Johari boleh bertindak “mengikut kehendak sendiri
 
“Pemusatan kuasa di tangan Ketua Menteri yang tidak pernah berlaku, dengan Menteri lain hanya memegang serpihan sahaja.

“Setiap satu portfolio dipegang (Abang Johari) membabitkan peruntukan tahunan berbilion ringgit dan semua itu kini di bawah kawalan seorang individu,” kata Chong dalam kenyataan.

Selain itu tambahnya, Abang Johari turut mempunyai “kawalan langsung de facto” dalam bidang meliputi undang-undang, undang-undang adat, hubungan negeri-persekutuan, imigresen dan buruh menerusi Menteri di Jabatan Ketua Menteri, John Sikie Tayai.

Chong berkata, syarikat milik kerajaan seperti Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) dan Petroleum Sarawak Bhd (PETROS), yang memiliki dana berbilion ringgit, menjadikan semuanya “lebih penting” tidak diletakkan di bawah Ketua Menteri dan Menteri Kewangan yang dipegang orang sama.

Beliau turut mempersoalkan sama ada GPS belajar daripada skandal 1MDB, yang Chong dakwa mungkin berlaku kerana Perdana Menteri turut memegang jawatan Menteri Kewangan.

Chieng Jen dakwa berlaku pemusatan kuasa
Sambil menyifatkan Kabinet dengan 11 Menteri dan 26 Menteri Muda itu sebagai “terlalu ramai”, selepas mengambil kira 3 juta populasi Sarawak, Chong berkata, ia tidak setanding berbanding Kabinet “bersaiz besar” kerajaan persekutuan, yang mempunyai 31 Menteri dan 38 Timbalan Menteri untuk 32 juta rakyat.

“Adakah Kabinet Abang Johari ini sangat tidak cekap – berbanding kerajaan persekutuan – sehinggakan beliau memerlukan begitu ramai orang untuk menjalankan tugas?” katanya dipetik laporan FMT.

Post a Comment

0 Comments