Apa guna ada kerajaan tak mampu selamatkan rakyat?


ANGKATAN MUDA KEADILAN
(AMK) mendesak kerajaan menaikkan bantuan wang ihsan (BWI) daripada RM1,000 kepada RM10,000.

Naib Ketuanya, Thiban Subramaniam dalam kenyataan berkata, BWI itu perlu dinaikkan jumlahnya selepas mengambil kira situasi “kehilangan total” dialami mangsa banjir.

Selain BWI itu, AMK juga jelasnya manggesa agar bantuan kepada keluarga waris korban banjir dinaikkan kepada RM50,000 berbanding RM10,000 untuk membantu memulihkan kehidupan mereka.

“Saya menggesa kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob menaikkan BWI kepada mangsa banjir daripada RM1,000 kepada RM 10,000. Ini kerana mangsa banjir berhadapan situasi ‘total lost’ dan terpaksa memulakan semuanya dari 0. Apakah bantuan wang ihsan RM1,000 itu memadai?

“Kerajaan juga harus menyediakan bantuan khas buat peniaga kecil, petani, penternak yang mengalami kerosakan serius dan hilang pendapatan mereka,” katanya.

Sementara itu jelasnya, kerosakan dan kerugian ditanggung setiap keluarga mangsa banjir mencecah sekurang-kurangnya RM30,000 hingga RM50,000, tanpa mengambil kira kerugian ditanggung usahawan kecil, pemandu lori, petani dan penternak.

“Apakah bantuan yang diumum Ismail itu realistik untuk bantu mereka? Kerajaan Ismail tidak boleh melepaskan tangan begitu sahaja. Ini bukan bala dari tuhan, ini berpunca daripada kegagalan kerajaan Ismail menangani bencana banjir besar ini.” tambah beliau.
 
Katanya, tragedi banjir melanda dapat dielakkan jika usul dibentang Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar pada Julai lalu berhubung persiapan menghadapi fenomena banjir diambil serius kerajaan.

Apa guna jadi k'jaan jika rakyat tak terbela
“Jika kerajaan Ismail masih gagal berbuat demikian, maka saya ingin memohon Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) membatalkan MoU dengan kerajaan.

"Apa gunanya ada kerajaan yang tidak mampu menyelamatkan rakyat?” soalnya.

Post a Comment

0 Comments