SEORANG pemimpin Umno menyifatkan PAS sebagai sebuah parti yang tidak boleh dipercayai.
Nur Jazlan Mohamed dipetik laporan Malaysiakini ketika mengulas perbincangan bagi menentukan hala tuju Muafakat Nasional (MN) di Kelantan berkata, usaha itu digerakkan lebih awal oleh PAS kerana mereka bimbang akan kehilangan kubu kuat mereka dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
"Tindakan PAS mahu bincang dengan (Umno) Kelantan kerana mereka dah mula takut dan tindakan itu hanyalah untuk mempertahankan home ground (kubu kuat).
"Selama ini pun MN adalah untuk mengelak (PAS) bertembung dengan Umno dan mereka bimbang kalah di kubu kuat sendiri," katanya dipetik laporan portal itu.
Sebelum ini PAS Kelantan mengesahkan mereka menerima surat jemputan daripada Umno negeri itu untuk membincangkan hala tuju kerjasama mereka terutama ketika PRU ke-15 semakin hampir.
Difahamkan kedua-dua ihak itu akan mengadakan pertemuan pada 22 Jaanuari ini.
Selain di Kelantan, hubungan kedua-dua parti di Terengganu juga didakwa tidak baik.
Sementara itu Nur Jazlan mendakwa Umno Kelantan tidak pernah menghantar surat untuk meminta pertemuan diadakan, sebaliknya langkah tersebut dimulakan oleh PAS.
"PAS yang minta Umno Kelantan berunding
"Kita tak nak, tapi dia orang yang mulakan benda ini dan memang PAS tak setuju (Umno tolak kerjasama).
"Sepatutnya PAS bincang di peringkat pusat tapi selepas kekalahan di Melaka dan Sarawak mereka juga risau kalau kalah di kubu kuat mereka seperti Kelantan," katanya.
PAS didakwa takut hilang kubu kuat |
"Perbincangan itu hanya bagi mengukuhkan kedudukan PAS untuk pilihan raya akan datang.
"Presiden (Umno) memang dah buat kenyataan bahawa PAS tak jujur. Jadi, di peringkat pusat pun saranan untuk kerjasama melalui MN ini pun dah tak wujud sebab PAS kata, kalau nak teruskan MN dia nak bersama Bersatu juga, dan Umno dah buat keputusan untuk tidak akan bersama Bersatu," katanya.
Tambah Nur Jazlan berdasarkan kenyataan yang dibuat pemimpin kedua-dua parti itu, bolehlah dianggap MN sebenarnya sudah gagal.
Beliau turut merujuk tindakan PAS yang bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini yang menurutnya jelas memperlihatkan bahawa parti itu memang tidak boleh dipercayai.
"Masya-Allah, memang tak boleh percaya," katanya.
0 Comments