PENGERUSI Pertubuhan Gerak Tani Datuk Mazlan Aliman mempersoalkan pengumuman peruntukan RM100 juta bagi membantu petani, penternak dan nelayan yang terjejas akibat banjir yang sedang melanda negara.
Mazlan yang juga adalah Speaker DUN Johor bertanyakan kepada Kementerian Pertanian Industri Makanan (MAFI) , kelompok petani yang mana bakal menerima peruntukan tersebut.
Persoalan itu dibangkitkan kerana menurutnya hanya Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) sahaja yang ada ketika ini.
“Pertubuhan Gerak Tani mengalu alukan pengumuman Timbalan Menteri 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah di Temerloh kelmarin.
“Namun tidak pasti, kelompok petani dan penternak yang bagaimana menerima manfaatnya.
“Adakah bersifat adhoc, sebagai janji atas keprihatinan kepada petani atau bagaimana. Ia harus dijelaskan.
Aduan yang selalu diterima, bantuan banjir dulu pun tak dapat lagi,” soal beliau dalam kenyataan.
Sementara itu dalam kenyataan sama mazlan juga meminta kerajaan menunaikan dahulu janji-janji lama yang belum tertunai sebelum membuat janji baru.
“Kita telah memasuki tahun 2022. YAB PM telah menyebut mengenai pertanian pintar. Sejauhmana pelan strategik mengenainya benar benar dirangka dan dilaksanakan agar tidak mengulangi ‘kegagalan masa lalu’,” katanya lagi.
Menurut Mazlan, beberapa isu pokok yang masih belum dapat diselesaikan misalnya sumber alternatif tempatan sedia ada seperti karbohidrat dan protein, masih gagal dibangunkan di samping bahan import mencanak naik.
“Pada tahap mana revolusi pertanian yang berasaskan pertanian moden dan pertanian industri negara kita?
Mazlan turut menggesa revolusi pertanian |
“MAFI ada 13 agensi dan jabatan. Ribuan kakitangan secara tetap maupun kontrak. Anda menjadi harapan masyarakat tani,” katanya lagi.
0 Comments