Ahli parlimen gesa k'jaan sedia bajet tahunan untuk mitigasi iklim


AHLI  PARLIMEN d
ari KEADILAN membuat gesaan supaya kerajaan memperuntukkan sekurang-kurangnya RM400 juta dalam bajet tahunannya untuk mitigasi perubahan iklim susulan kemusnahan akibat banjir baru-baru ini.


Wong Chen berkata, separuh daripada jumlah peruntukan itu boleh digunakan untuk penyelidikan saintifik dan sebahagian lagi sebagai pampasan kepada mangsa dan projek untuk mencegah banjir seperti pengorekan sungai dan longkang tersumbat.

Katanya, sebahagian besar jumlah itu boleh dikumpul menerusi dana iklim yang dijanjikan oleh negara-negara maju pada Persidangan Perhimpunan Antara Parlimen Asean mengenai perubahan iklim pada 2019.

Namun tambahnya Putrajaya mesti menunjukkan bahawa Malaysia telah mengambil tindakan iklim yang positif.

“Perkara terbaik yang boleh dilakukan ialah dengan mengawal pembalakan secara berlebihan dan mengurangkan pelepasan karbon dengan pengekalan hutan semula jadi.

“Kita juga perlu mengurus hutan yang ditanam dan hutan semula jadi dengan lebih baik untuk mengurangkan hakisan tanah serta mencegah banjir kilat.” kata Ahli Parlimen Subang itu.

Beliau turut mempersoalkan Bajet 2020 yang memperuntukan sejumlah RM450 juta untuk pelbagai program alam sekitar namun tiada dana khusus untuk perubahan iklim.

“Kerajaan mesti mempunyai bajet khusus untuk perubahan iklim supaya kita boleh menjejaki dan melihat perbelanjaan dengan lebih jelas.

“Ketiadaannya bermakna kita tidak mengambil serius perkara ini seperti yang sepatutnya,” katanya lagi.

Terdahulu, seorang ativis alam sekitar mengakui Putrajaya bagus dalam merangka rancangan mengenai perubahan iklim dan penjagaan alam sekitar namun tidak dalam melaksanakannya.

Anthony Tan yang dipetik laporan FMT berkata kerajaan diragui mampu melaksanakan rancangan itu memandangkan terlalu banyak rancangan terdahulu tidak meninggalkan kesan ketara.

Mesti ada bajet khusus untuk perubahan iklim
“Malaysia terkenal dengan rancangan. Rancangan Malaysia lima tahun memasuki pusingan ke-12. Rancangan Fizikal Negara (RFN) juga merupakan salah satu rancangan terkenal. Malangnya, namun ia bagaimanapun terkhilaf dan berbelit apabila diterjemahkan ke setiap negeri, daerah dan bandar.

“Adakah kerajaan mempunyai iltizam politik untuk melaksanakan apa yang dipanggil pelan penyesuaian negara ini secara keseluruhannya? Bolehkah kerajaan persekutuan mengumpulkan semua wilayah dan negeri untuk bersetuju dalam mengusahakan penyesuaian iklim?” soalnya.

Post a Comment

0 Comments