PENGERUSI Majlis Pimpinan KEADILAN negeri Perak, Farhash Wafa Salvador mengecam tindakan segelintir pihak yang bersikap baling batu sembunyi tangan apabila menyerang Presiden parti itu dengan dakwaan yang tidak berasas.
Melalui satu kenyataan, Farhash mendedahkan usaha memburukkan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim itu secara berterusan menerusi surat-surat layang.
Tanpa memberi penjelasan penuh, Farhash menegaskan bahawa usaha itu bertujuan mengalih perhatian rakyat daripada perbincangan perihal dasar kerajaan yang lebih penting pada ketika ini.
Lebih menakutkan jelasnya, usaha memburuk-burukkan Anwar itu turut bertujuan memecah belah perpaduan dalam parti itu.
“Berapa kenyataan telah tular sejak kebelakangan ini. Ianya jelas kelihatan wujudnya usaha untuk memecah-belahkan semangat perpaduan dalam kalangan anggota KEADILAN.
Jangan terpedaya taktik pecah belah perpaduan |
“Ini penting bagi mencapai matlamat kita untuk mengembalikan mandat rakyat yang telah dikhianati pada Februari tahun lalu, tegas Farhash.
0 Comments