Rakyat bakal tertekan, Jangan kembalikan caj ATM - HARAPAN


PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) menggesa kerajaan dan khususnya Menteri Kewangan untuk segera masuk campur dan mengarahkan bank-bank membatalkan rancangan bayaran RM1 bagi transaksi di mesin juruwang automatik (ATM).

Gesaan itu disuarakan  Setiausaha Agung gabungan itu, Saifuddin Nasution susulan laporanmedia bahawa  caj sebanyak RM1 untuk pengeluaran wang antara bank di mesin ATM yang sebelum ini dikecualikan susulan pendemik Covid-19 akan dilaksanakan semula pada Februari.

Tegas Saifuddin, sekarang Sekarang bukan masa yang sesuai untuk mengenakan semula caj RM1 tersebut.

Selain kebanyakkan isi rumah berpendapatan sederhana (M40) jatuh kepada kumpulan berpendapatan rendah (B40) dan ramai yang tidak mempunyai pekerjaan, selain harga barang yang semakin meningkat, langkah itu juga akan menekan rakyat di kawasan luar bandar dan pedalaman yang tidak ada banyak ATM.

“Seluruh negara mengetahui bahawa sektor perbankan antara sektor yang melaporkan keuntungan sihat meskipun pandemik dan siri perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksana,” katanya.

“Terdapat pelbagai kaedah untuk memastikan pihak bank masih dapat menampung kos dalam hal transaksi ATM tersebut.” jelas Ahli Parlimen Kulim bandar Baharu itu sambil menegaskan bahawa kos berkenaan sewajarnya dibayai bank.

Media melaporkan bahawa beberapa bank antaranya Maybank, CIMB, Citibank, HSBC telah mengumumkan di saluran media sosial masing-masing, bahawa yuran berkenaan akan dilaksanakan semula.

Belum wajar caj RM1 dikembalikan


“Kita juga sedar bahawa bank-bank sering kali meletakkan pelbagai caj ke atas hampir semua transaksi yang lain.


“Saya juga berpandangan terdapat cara-cara bagi memastikan pihak bank masih dapat menampung kos dalam hal transaksi ATM yang dimaksudkan ini, yang juga sudah pasti dalam pengetahuan Menteri Kewangan yang dahulunya juga seorang pegawai atasan bank komersial,” ujarnya lagi.