Tak pernah hadir sidang Dewan Negara, Hamzah ditegur Rais

SPEAKER Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim hari ini menegur Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin yang menurutnya tidak pernah hadir ke sidang Dewan Negara pada penggal ini.

Teguran itu disampaikan Rais ketika menjemput Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yasin bangun untuk menjawab soalan jawab lisan.
 
"Saya nak komen sedikit sahaja, Yang berhormat Menteri (Hamzah) tidak pernah datang ke Dewan (Negara). Sampaikan salam," katanya yang kemudian dijawab Jonatan, "Saya akan sampaikan pesanan itu," secara ringkas.

Rais dipetik laporan Awani mendedahkan Hamzah tidak pernah hadir sejak Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas yang bermula 13 September lalu.
 
"Saya perlu membuat teguran kerana berdasarkan Perlembagaan, beliau bertanggungjawab terhadap Parlimen, Saya perlu sampaikan perkara ini kepada Timbalannya," kata Rais.

Sebagai rekod, Hamzah adalah Ahli Parlimen Larut, Perak yang bertanding menggunakan logo UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu. Namun selepas kekalahan gabungan pemerintah itu, Hamzah bersama lima lagi Ahli Parlimen Umno ketika itu melompat ke parti Bersatu pada Feb 2019.

Pada April lalu, bekas Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador membuat kejutan apabila mendakwa Hamzah Zainudin menyalahgunakan kedudukannya untuk campurtangan dalam urusan polis.

Hamzah dilapor tak pernah hadir
Hamid juga membayangkan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang dipengerusikan Hamzah dicemari “unsur politik”.

Beliau turur mempersoalkan pencapaian Hamzah selaku pengerusi SPP, dengan mendedahkan “berpuluh-puluh kes tatatertib masih tergantung lagi”, dan ahli suruhanjaya bermesyuarat “dua jam macam meeting minum kopi-O”.

Post a Comment

0 Comments