CALON DAP bagi kerusi Batu Kawah mengkritik pihak berkuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertindak menurunkan dua papan iklan kempennya semepana Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
Melalui satu kenyataan, Dr Kelvin Yii menafikan papan iklan itu telah melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya seperti yang didakwa.
“SPR tiba di Highfields, Batu Kawah sekitar jam 2 petang hari ini (Isnin), dan menjelaskan kepada saya bahawa papan iklan itu mempromosikan perasaan jahat atau permusuhan.
"Pada asasnya, mesej kami ialah – undi rakyat adalah penting!
“Walaupun selepas banyak percubaan kami untuk meyakinkan mereka, penguatkuasa masih berkeras. Mereka memotong papan iklan kami dengan gergaji.Papan iklan kempen kami dirobohkan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Antara yang dirobohkan adalah papan iklan yang menyentuh tentang kenaikan harga barang. Papan tersebut yang dicetak dengan gambar sayur, turut tertulis ‘GPS kerajaan gagal, rakyat susah’.
“Kita minta turunkan harga barang, dia pula turunkan papan iklan,” sindir Kelvin.
Satu lagi papan iklan mengingatkan pengundi tentang kepentingan undi mereka, dengan memaparkan bagaimana keputusan PRU 2018 menyebabkan Najib Razak didakwa, sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan dan sekolah Cina mendapat dana.
Sementara itu menerusi kenyataan Kelvin, beliau berkata, walaupun kuasa yang ada mungkin berjaya memadamkan mesej mereka dari papan kempen, taktik berat seperti itu tidak akan melenyapkannya dari fikiran rakyat.
Papan tanda isu harga barang juga dirobohkan |
Beberapa calon pembangkang membangkitkan isu keperluan permit polis, had masa dan lokasi ceramah serta jumlah hadirin di kawasan pedalaman, yang menurut mereka meletakkan mereka dalam keadaan sukar.
0 Comments