Majlis k'jaan langgar SOP: PM wajar minta maaf


ISMAIL Sabri Yaakob wajar memohon maaf kepada rakyat di negara ini susulan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Covid-19 pada majlis sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Vateran politik, Lim Kit Siang berkata, pelanggaran SOP pada majlis kerajaan itu amat memalukan dan meminta menteri bertanggungjawab wajar meletakkan jawatan.

“Menteri yang bertanggungjawab untuk program itu perlu diwajibkan meletakkan jawatan dan Perdana Menteri Ismail Sabri harus mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia kerana pelanggaran SOP Covid-19 yang memalukan.

“Jika perdana menteri tidak bangkit dalam memerangi wabak Covid-19, bagaimana kabinet boleh bangkit memerangi pandemik Covid-19?," kata Ahli Parlimen Iskandar Putri itu dalam kenyataan.

Terdahulu kerajaan dikritik susulan pelanggaran SOP pada Majlis dianjurkan sebuah agensi dibawah Jabatan Perdana Menteri minggu lalu.

Ia termasuk dari Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Koh Kar Chai yang kesal apabila kerajaan dilihat terlalu mencari publisiti pada acara itu walaupun negara berdepan kebimbangan penyebaran varian Delta dan Omicron.

Susulan itu Kementerian Kesihatan mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,000 terhadap penganjur program kerana gagal mematuhi penjarakan fizikal.

Kit Siang menyifatkan jumlah kompaun yang dikenakan terhadap penganjur terlalu ringan.

Walaupun Kementerian Kesihatan sebelum ini memaklumkan jumlah kompaun berkenaan adalah nilai maksimum yang dibenarkan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342), banyak pihak mempersoalkanya dan menyifatkan hukuman itu sebagai "dwistandard"

Ismail perlu tampil minta maaf dari rakyat
"Adalah kemuncak kegilaan untuk mengenakan denda 'ciput' sebanyak RM1,000 bagi pelanggaran besar-besaran SOP Covid-19 pada program 100 hari itu," kata Lim. ketika mengulas jumlah denda dikenakan.

Sementara itu tambahnya, kurangnya kesungguhan kerajaan merupakan sebab mengapa Malaysia masih bergelut untuk mengurangkan kes harian Covid-19 di bawah 4,000 sehari dalam tempoh tujuh bulan lalu berbanding negara jiran Indonesia yang berjaya menurunkan kes harian Covid-19 kepada tiga angka sejak 15 Okt.

Post a Comment

0 Comments