Sabbaruddin Chik meninggal dunia



BEKAS
Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Sabbaruddin Chik telah meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), malam tadi.


Pembantu Khasnya Zamri Mohamed yang mengesahkan perkara itu berkata Allahyarham dimasukkan ke PPUM sejak Ahad lepas selepas dijangkiti Covid-19.

menurut Zamri, bekas Ahli Parlimen Temerloh berusia 80 tahun itu bakal dikebumikan hari ini, namun  waktu dan lokasi masih belum dapat dimaklumkan.

Allahyarham dilapor positif jangkitan Covid-19
Allahyarham memulakan karier politiknya selepas bertanding di Parlimen Temerloh dan memegang kerusi itu dari tahun 1982 hingga 1999.

Menjadi Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dari tahun 1987 hingga 1996 dan pernah dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO pada tahun 1996 selama tiga tahun.

Post a Comment

0 Comments