Saya dikenakan kompaun kerana bela rakyat, kata Pok Din


SEORANG aktivis yang menyertai ‘flash mob’ bagi membantah kenaikan harga barang minggu lepas dikenakan kompaun RM1,500 hanya kerana tidak memakai pelitup muka dengan sempurna.

Baharuddin Abdul Hamid merupakan aktivis dari parti Amanah dan lebih dikenali sebagai Pok Din sebelumnya hadir ke tunjuk rasa  itu di Kuala Terengganu.

Katanya, beliau menyertai acara itu bagi membela nasib rakyat yang semakin terbeban.

“Saya bukan tidak pakai ‘mask’ saya pakai tetapi saya disaman dan dituduh bersalah walaupun saya merasakan saya tidak bersalah kerana membela rakyat ketika barang naik.

“Saya dikenakan kompaun RM1,500 kerana saya membela rakyat, saya tidak mampu lagi membela rakyat melainkan turun bersama masyarakat,” katanya dalam satu sedutan video yang dikongsi Facebook Pemuda AMANAH Terengganu.

Sedutan video itu mendapat reaksi penonton.

"Kesian pakcik ni sudah la barang naik nak suarakan kesusahan kena saman,' kata Mirza 82 dalam ruangan komen.

Baru-baru ini, kerajaan dikritik susulan peningkatan mendadak harga barang keperluan seperti sayur, telur, bawang ayam dan beberapa barang makanan dan keperluan rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Dewan Rakyat menyifatkan perkara itu sebagai 'krisis nasional' dengan kerajaan dakwanya terlalu lembab menangani perkara itu.

Malah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mendesak Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob bertindak menggugurkan Menteri KPDNHEP yang menurutnya telah gagal menangani isu kenaikan harga barang.

Kenaikan harga bebankan semua rakyat
Sementara itu,  Pemuda AMANAH Terengganu ketika mengulas tindakan kompaun terhadap Pok Din tampil mempersoalkan kejanggalan di perlawanan akhir Piala Malaysia baru-baru ini yang menurut mereka menyaksikan penonton  tidak memakai pelitup muka serta tiada penjarakan sosial.

“Pada masa yang sama, penonton final Piala Malaysia elok tak pakai face mask dan jarak duduk rapat-rapat.Apa sudah jadi dengan Malaysia?

“Kenapa ada double standard? “Khairy Jamaluddin boleh jawab?” soal Pemuda AMANAH dipetik lapora Malaysia dateline.

Post a Comment

0 Comments