KEADILAN berdepan cabaran besar dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan diadakan bulan ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan partinya hanya diberikan kerusi kategori F iaitu kerusi-kerusi sukar menang dan tidak diingini oleh pihak lain.
“Kerusi yang lebih berdaya saing sedang dituntut oleh semua parti ini.
“Tetapi kerusi yang mereka tidak bertapak, tiada harapan untuk parti-parti ini (mereka katakan) ‘Ok kEADILAN lebih baik bertanding (di sana) jika tidak anda akan membenarkan GPS menang tanpa bertanding’ dan kami terbeban dengan ini," kata Anwar dalam satu sidang media.
Rundingan kerusi menjadi topik panas dalam kalangan parti pembangkang, terutama KEADILAN dan DAP, yang tidak bersetuju dengan kawasan akan dipertandingkan dalam PRN 18 Dis itu.
Parti itu yang memutuskan untuk mengurangkan jumlah kerusi ditandinginya bagi mengelak pertembungan sesama rakan dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) dituduh sebagai tamak.
“Rakyat menganggap KEADILAN tamak. (Tetapi) kita merebut kerusi yang kita boleh menang, (kerusi) kategori A, tetapi kita diberi kerusi kategori F,” tambah Anwar lagi.
Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak Abun Sui Anyit sebelum ini turut menolak dakwaan di media sosial bahawa parti itu tamak dan mahu bertanding di lebih banyak kerusi dalam PRN.
KEADILAN elak pertembung sesama sendiri |
Hari penamaan calon ditetapkan pada 6 Disember manakala hari mengundi pada 18 Disember, dengan tempoh berkempen selama 12 hari.
0 Comments