Penganjur program kerajaan kena kompaun langgar SOP

 


SEBUAH agensi dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dikenakan kompaun RM1,000 setelah gagal memastikan kepatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan Covid-19.

Kompaun itu dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada adalah Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU) JKM yang menganjurkan Majlis 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia baru-baru ini.

Sebelum ini beberapa gambar memaparkan pengunjung bersesak-sesak di acara yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu sehingga mencetuskan pelbagai kritikan.

Acara empat hari itu diadakan ketika wabak Covid-19 belum reda adalah bagi memperingati 100 hari pertama Ismail Sabri Yaakob dan Jemaah Menteri membentuk kerajaan.
 
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) tampil membidas kerajaan atas penganjuran acara itu.
 
Presiden MMA Dr Koh Kar Chai dengan sinis berkata, berdasarkan jumlah besar orang ramai yang hadir, nampaknya “meningkatkan jumlah (kes) Covid-19 akan menjadi salah satu matlamat pentadbiran Ismail untuk 100 hari akan datang”.

Program unit bawah Jabatan Perdana Menteri
Tambahnya, walaupun kerajaan mendorong (pengambilan) suntikan penggalak dalam usaha membendung wabak, ada segelintir orang dalam kerajaan dakwanya nampaknya mahu wabak itu kekal.

“Nampaknya (usaha) menjana publisiti kini digiatkan walaupun kita masih melihat kedua-dua varian Delta dan Omicron di negara ini,” katanya dalam kenyataan seperti dipetik laporan FMT.