PANEL tiga hakim Mahkamah Rayuan semalam menolak rayuan isteri bekas Perdana Menteri, Rosmah Mansor bagi membatalkan kes rasuah dihadapinya.
Mahkamah sebulat suara membenarkan bantahan awal pihak pendakwaan terhadap rayuan Rosmah yang dituduh terlibat kes rasuah melibatkan projek tenaga solar hibrid untuk sekolah-sekolah di pedalaman Sarawak bernilai RM1.25 billion.
Hakim Datuk Hanipah Farikullah yang mengetuai panel itu ketika menyampaikan keputusan berkata, Mahkamah juga menolak permohonan Rosmah untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Seri Ram sebagai Ketua Pendakwaan kes terbabit, sekali gus mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 24 September lepas.
Hanipah berkata keputusan itu dicapai kerana Mahkamah Tinggi Jenayah tidak mempunyai bidang kuasa untuk memberi pelepasan (reliefs) seperti yang dipohon pasukan pembelaan.
“Pelepasan (yang dipohon pembelaan) adalah ‘declatory order’, iaitu peruntukan spesifik di bawah Akta Pelepasan Khusus 1950. Sehubungan itu, kedua-dua permohonan perayu ditolak,” katanya.
Dua lagi hakim ialah M Gunalan dan Hashim Hamzah.
Rosmah dituduh minta suapan RM187.5 juta |
Ia sebagai ganjaran kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
Rosmah diwakili oleh Akberdin Abdul Kader dan Jagjit Singh.
0 Comments