K'jaan Ismail macam tak serius, Anwar nyatakan rasa kecewa


PENGERUSI
Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan rasa kesalnya terhadap sikap  kerajaan yang seolah-olah tidak serius dalam membantu mangsa-mangsa yang terkesan akibat banjir.

Beliau berkata, beberapa hari yang lalu beliau telah menyatakan gesaannya agar kerajaan menangguhkan pelaksanaan semua projek mega ketika ini.

Namun jelasnya sehingga kini masih belum ada maklum balas mengenai gesaan itu dari kerajaan.

Selain itu Anwar juga berkata beliau telah meminta  agar kerajaan menggunakan peruntukan besar tersebut bagi menampung keperluan rakyat yang terjejas akibat bencana banjir yang berlaku baru-baru ini.

“Sehingga hari ini, masih belum ada sebarang maklum balas daripada pihak kerajaan terkait gesaan tersebut.

“Kerajaan dilihat seolah-olah tidak serius dalam membela dan membantu mangsa-mangsa banjir," katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Sehubungan itu, Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Port Dickson mengulangi gesaannya terhadap kerajaan untuk betindak pantas dan selesaikan segala permasalahan yang dihadapi mangsa-mangsa banjir di negara ini

Sebagai rekod Anwar merupakan pemimpin negara yang dilihat aktif membantu pada kejadian banjir besar baru-baru ini.

BACA:
Anwar redah air cari cara tangani banjir

BACA: Cara kerajaan tangani banjir lembab, mengecewakan 

Pada 18 Disember lalu Anwar meredah banjir bagi meninjau beberapa kawasan yang terjejas Port Dickson.

Selain mengarahkan bantuan dihulurkan segera kepada penduduk terbabit, Anwar juga meninjau kawasan itu bagi mencari punca agar rancangan besar dapat dilaksana bagi mengelak kejadian sama berulang.

Anwar nyatakan rasa kecewa atas kelemahan k'jaan
Anwar selepas itu mengadakan tinjuan dan mengagihkan bantuan asas kepada penduduk terlibat banjir di beberapa kawasan di Selangor antaranya di Sri Muda dan Padang Jawa dan Hulu Langat.

Presiden KEADILAN itu turut sempat menyantuni dan membantu penduduk terjejas di beberapa kawasan di Pahang.

Post a Comment

0 Comments