BADAN pemantau pilihan raya Bersih mengkritik kenyataan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob yang disifatkan sebagai cubaan mengugut rakyat Sarawak.
Melalui satu kenyataan, Bersih menyuarakan kebimbangan mereka atas kenyataan Ismail Sabri bahawa projek Jambatan Sungai Yong Kedua tidak akan dilaksanakan sekiranya terdapat perubahan kerajaan.
Mereka turut memetik kenyataan Ahli Parlimen Bera itu ketika berucap di Kapit dengan berkata "Ketua Menteri Sarawak Abang Jo adalah kawan saya."
“Ini adalah ugutan kepada rakyat Sarawak bahawa mereka akan dihukum jika mereka tidak akur ketika membuang undi.
“Ugutan ini juga bukan sekadar pencabulan slogannya sendiri iaitu Keluarga Malaysia kerana negeri pimpinan pembangkang mungkin dilayan sebagai anak tiri,” kata Bersih dalam satu kenyataan.
Ismail dalam ucapannya pada Sabtu berkata rakyat Sarawak perlu membuat pilihan tepat pada pilihan raya negeri ke-12 bagi mengekalkan hubungan baik antara kerajaan negeri dan persekutuan.
Mengambil contoh Jambatan Kedua Sungai Yong yang menelan belanja RM12.6 juta terletak kira-kira 15km dari Kapit, Ismail Sabri berkata ia tidak akan dilaksanakan sekiranya kedua-dua kerajaan mempunyai fokus berbeza.
Sebelum ini seorang Ahli Parlimen menyelar kenyataan Ismail dengan menyifatkannya sebagai “menyinggung perasaan dan menjengkelkan” rakyat Sarawak terutama ketika negeri itu bakal berdepan pilihan raya.
BACA: 'Ugutan' Ismail tak boleh dimaafkan
"Mesej tersirat Ismail Sabri adalah jelas - iaitu jika 'anda tidak membantu saya, saya tidak membantu anda', kata Teo Nie Ching (HARAPAN - Kulai).
Bersih bimbang dengan kenyataan dibuat Ismail |
"Sama ada sumber persekutuan dan negeri boleh dikekalkan daripada penyalahgunaan partisan," kata mereka.
0 Comments