PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR).
Melalui satu kenyataan media, Presiden KEADILAN itu menyifatkan SOP itu sebagai mengecewakan kerana tidak berasaskan bukti perubatan.
SPR tegasnya wajar berbincang dengan semua parti yang betanding sebelum merangka SOP tersebut.
“Setelah membaca SOP terbaru yang dikeluarkan oleh SPR, saya sangat kecewa.
“Perbincangan yang kritikal terhadap elemen-elemen yang terdapat di dalam SOP ini perlu dilakukan. Saya tidak melihat ada sebab yang konkrit termasuklah fakta-fakta berasaskan bukti perubatan dalam SOP terbaru ini,” katanya.
Anwar turut menegaskan bahawa proses pilihan raya yang baik dan teratur penting untuk menjamin keabsahan kerajaan yang dipilih rakyat.
SPR menetapkan SOP yang antaranya melarang calon menjalankan kegiatan kempen di luar kawasan yang ditandingi mereka.
SOP it sebelum ini dikritik Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling yang menyifatkannya sebagai tidak masuk akal.
Membangkitkan kawasannya sendiri, dia berkata terdapat beberapa DUN di Sibu dan pengundi tidak semestinya tinggal atau bekerja di kawasan sama tempat mereka mengundi.
Selain itu, SPR turut menetapkan bahawa hanya lima orang dibenarkan berada di kawasan pilihan raya pada satu-satu masa dan penganjuran ceramah atau syarahan secara fizikal hanya dibenarkan di 64 kawasan DUN yang tidak mempunyai capaian Internet yang tinggi.
Apa jaminan akses sama rata kepada calon? |
Beliau turut mempersoal apakah akan ada jaminan akses sama rata kepada pihak media untuk semua parti politik dan calon.
0 Comments