PRN S'wak: 'Ugutan' Ismail tak boleh dimaafkan - Ahli Parlimen


SEORANG Ahli Parlimen menyatkan rasa kecewa dengan kenyataan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bahawa projek pembangunan di Sarawak mungkin tidak dapat dilaksanakan jika pengundi di sana memilih kerajaan negeri berbeza dengan persekutuan.

Teo Nie Ching (HARAPAN- Kulai) dalam kenyataan berkata kenyataan itu berunsur ugutan, “menyinggung perasaan dan menjengkelkan” rakyat Sarawak yang akan berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan ini.

"Mesej tersirat Ismail Sabri adalah jelas - iaitu jika 'anda tidak membantu saya, saya tidak membantu anda', ia lebih buruk daripada mesej Najib, 'anda tolong saya, saya tolong anda' ketika menjadi perdana menteri pada Pilihan Raya Kecil Sibu pada 2010," katanya sambil mempersoalkan sampai bila penduduk negeri itu perlu berdepan ancaman dan ugutan seperti itu.
 
Ismail Sabri ketika berucap di semasa Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kapit Town Square di Kapit, Sarawak semalam berkata rakyat di negeri itu perlu membuat pilihan yang betul pada PRN kali ini.
 
Menurutnya, hubungan yang baik antara kerajaan negeri dan pusat  adalah penting untuk memudahkan urusan antara kedua-dua kerajaan terutama dalam melaksanakan pembangunan untuk penduduk Sarawak.

Mengambil contoh pembinaan Jambatan Sungai Yong Kedua bernilai RM12.6 juta yang terletak 15 kilometer dari situ, Ismail Sabri berkata ia tidak akan terlaksana sekiranya kerajaan negeri dan pusat mempunyai haluan yang berbeza.

Kata Naib Presiden Umno itu, banyak lagi yang hendak lulus tidak dapat dilaksanakan, jadi kerajaan negeri dan pusat bukan dipihak yang sama.

Sementara itu, Nie Ching yang juga adalah bekas timbalan menteri pendidikan itu turut mempersoalkan bagaimana Ismail Sabri boleh mengaku sebagai perdana menteri untuk "Keluarga Malaysia" dan pada masa sama cuba menjual naratif sedemikian kepada rakyat Sarawak.

"Apa yang dinyatakan oleh Ismail Sabri bertentangan dengan slogan 'Keluarga Malaysia' beliau sendiri.

Kenyataan Ismail dianggap menjengkelkan
“Adakah Ismail Sabri berkata dan mengakui yang beliau tidak berlaku adil malah meminggirkan Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dalam Belanjawan 2022 dan Rancangan Malaysia Ke-12 kerana negeri-negeri ini mempunyai pentadbiran yang berbeza daripada kerajaan pusat.

“Apa yang kita ada di Malaysia bawah pentadbirannya adalah ‘Keluarga Ismail Sabri dan gengnya’,” kata Teo yang menyifatkan kenyataan Ismail itu tidak boleh diterima apa lagi dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments