PILIHAN RAYA Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak perlu menjadi medan meletakkan kepentingan rakyat di hadapan berbanding perebutan kuasa antara taikun balak, kata Datuk seri Anwar Ibrahim.
Presiden KEADILAN itu dipetik laporan portal The Vibes berkata, sehubungan itu beliau berharap rakyat Sarawak perlu bijak dan tidak memilih individu yang mempunyai kepentingan tersendiri untuk mentadbir negeri ini.
"Rakyat harus menolak pilihan raya yang dijadikan seperti 'perang proksi' antara taikun balak.
"Pilih wakil yang akan memperjuangkan kepentingan rakyat, bukan mereka yang memperjuangkan kepentingan seseorang individu dan hanya ingin memperkayakan diri sendiri," katanya.
Terdahulu, Ketua Pembangkang itu menyelar kenyataan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Abdul Karim Rahman Hamzah yang mengatakan bahawa KEADILAN tidak akan menang sebarang kerusi dalam PRN12 Sarawak nanti.
"Kenyataan itu bersifat angkuh. Saya tahu KEADILAN adalah parti yang miskin, kami tidak mempunyai taikun kayu balak Sarawak untuk menyokong kami, tidak seperti parti lain.
Pemimpin dan ahli digesa terus merendah diri |
Tambah Anwar lagi, beliau akan mengingatkan pimpinan serta ahli KEADILAN untuk terus merendah diri, berusaha dan mencapai matlamat dikehendaki.
0 Comments