BEKAS menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub mempersoal lantikan dan fungsi penasihat-penasihat khas kepada perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob.
Menerusi ciapan di Twitter, Salahuddin menegaskan bahawa portfolio kesemua penasihat itu sama seperti kementerian yang berada di dalam kerajaan.
Beliau turut mempersoal kos terpaksa ditanggung kerajaan bagi membayar kesemua penasihat dilantik itu.
“Di saat rakyat dihimpit kos sara hidup yang membebankan, PM kita rancak melantik penasihat.
“Seorang penasihat ini berapa ‘kos’nya? Dan apa fungsi mempunyai penasihat dan kementerian dalam portfolio yang sama?,” soalnya.
Isu lantikan penasihat kepada Ismail mendapat perhatian ramai setelah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dilantik sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri (Agama)
Sebelum itu, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dilantik sebagai Penasihat Khas bagi menasihati Ismail dalam isu Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia
Sebagai rekod, Menteri Agama adalah pemimpin dari PAS iaitu Senator Idris Ahmad dan Wan Junaidi Tuanku Jaafar pula adalah merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).
BACA: Seorang lagi penasihat khas Ismail Sabri dalam proses lantikan
BACA: Tak wajar bazir wang rakyat lantikan penasihat tak berfungsi
Terbaru, perdana menteri juga dilaporkan akan menerima Penasihat Khas baru dalam bidang kesihatan.
Rakyat terpaksa tanggung perbelanjaan kerajaan |
Seoang ADUN negeri Selangor, Mohd Sany Hamzan (HARAPAN - Taman Templer) sebelum ini menyifatkan tindakan melantik penasihat adalah satu pembaziran, tambahan saiz Kabinet Ismail Sabri sudah cukup besar dan rakyat terpaksa menanggung untuk membayar elaun dan gaji-gaji menteri.
0 Comments