SEORANG ADUN negeri Selangor menegaskan bahawa tidak sepatutnya duit rakyat dibazirkan dengan lantikan-lantikan penasihat yang tidak tahu apa fungsinya.
Mohd Sany Hamzan (HARAPAN - Taman Templer) ketika mengulas laporan media baru-baru ini berhubung lantikan beberapa penasihat khas untuk perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob.
Tambahnya, saiz Kabinet kerajaan Ismail Sabri yang besar ini membuatkan rakyat terpaksa menanggung untuk membayar elaun dan gaji-gaji menteri.
Beliau turut membandingkan dengan negara China yang mempunyai populasi penduduk sehingga 1.2 bilion, namun mempunyai Kabinet kecil sekitar 25 orang jemaah menteri.
“Amerika Syarikat pula, rakyat dia ratusan juta tapi saiz Kabinetnya lebih kurang 25 orang sahaja. Sedangkan negara kita cuma memiliki 33 juta penduduk, tapi kita mempunyai saiz Kabinet sangat besar.
“Sudah tentu bila melibatkan saiz Kabinet sangat besar, dia melibatkan satu perbelanjaan besar yang mana wang ini adalah wang rakyat.
Kabinet besar, apa rasional lantik penasihat? |
Pada masa sama, menerusi muatnaik hantaran di Facebooknya, Sany berkata, jutaan ringgit duit rakyat dihabiskan hanya kerana mahu mengukuhkan kedudukan politik para pemimpin kerajaan, tanpa memikirkan rakyat sedang tertekan dengan kehimpitan hidup ketika ini.
0 Comments