Promosi ideologi komunis: Amanah mahu pemimpin PAS disiasat


PERGERAKAN
Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak membuat laporan polis terhadap kenyataan seorang pemimpin PAS yang menuduh Pakatan Harapan (HARAPAN) mempromosi ideologi komunis.

Laporan itu dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di Seri Manjung oleh Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Perak Mohd Ikhmal Mohd Iskandar.

Ia selepas laman Facebook portal berita FMT menyiarkan kenyataan dibuat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad.

Dalam laporan itu, Mohd. Ikhmal berkata, pihaknya membaca Laporan itu yang menyiarkan kenyataan Kamaruzaman yang mendakwa HARAPAN mempromosi ideologi komunis khususnya ketika menjadi kerajaan.

“Dakwaan tersebut dikeluarkan dalam satu ceramah Perikatan Nasional di Melaka yang telah disiarkan secara langsung dalam laman Facebook Pas pada tarikh 14 November 2021.

“Sesungguhnya dakwaan tersebut sangat berat dan sangat tidak berasas yang mana disifatkan boleh menimbulkan ketidaktenteraman kepada perpaduan kaum dan semangat Keluarga Malaysia,” katanya.

Justeru jelasnya laporan ini dibuat agar pihak polis dapat menjalankan siasatan menurut Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 499 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, tuduhan dilempar Kamaruzaman dibuat dalam satu ceramah Perikatan Nasional (PN) di Melaka yang telah disiarkan secara langsung dalam laman Facebook Pas pada tarikh 14 November lalu iaitu kelmarin.

Dakwaan Kamaruzaman tidak berasas
Dalam ceramah itu, Kamaruzaman HARAPAN tidak wajar diberi mandat kembali berkuasa kerana membawa ideologi komunis.

Justeru rakyat Melaka jelasnya perlu menolak calon dari gabungan itu.

“Kita begitu terkesan dengan keganasan komunis, tiba-tiba PH (Pakatan Harapan) promosi ideologi komunis sebagai perjuangan negara. Ini jenayah besar,” katanya dipetik laporan media.

Post a Comment

0 Comments