Bekas ADUN Asahan meninggal dunia


BEKAS
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka, Abdul Ghafaar Atan meninggal dunia di hospital Melaka pada Rabu.

Allahyarham berusia 65 tahun yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 petang akibat Covid-19.

Timbalan Ketua Bahagian Umno Alor Gajah, Rospandi Leman mengesahkan berita tersebut.

Kesihatan Ghafaar sebelum ini dilapor merosot
“Saya telah dimaklumkan Allahyarham meninggal dunia tadi di Hospital Melaka.

"Sebelum ini arwah terpaksa ditidurkan selama 10 hari ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya.

Sementara itu difahamkan, urusan pengebumian Abdul Ghafaar akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia di Tanah Perkuburan Islam Asahan.

Post a Comment

0 Comments