BEKAS Exco Wanita, Hal Ehwal Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar negeri Melaka, Ginie Lim Siew Lin menempelak kenyataan dibuat Azmin Ali.
Ia susulan kenyataan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu yang mendakwa Ginie digugurkan sebagai calon bagi mempertahan kerusi Machap Jaya hanya kerana menyokongnya.
membandingkan dirinya dengan Azmin, Ginie menegaskan bahawa kesetiaan seorang aktivis reformis adalah pada prinsip perjuangan parti, bukan kepada individu.
“Walaupun saya tidak bertanding dalam PRN Melaka kali ini, saya tetap komited dengan agenda perjuangan Pakatan Harapan (HARAPAN), serta menyumbangkan tenaga dan idea dalam politik tanah air di bawah pimpinan Presiden KEADILAN Anwar Ibrahim,” katanya di Facebook.
Azmin sebelum ini berkata, dia simpati terhadap Ginie kerana tidak dicalonkan. Azmin turut menuduh Ginie menjadi mangsa politik dalaman KEADILAN kerana dilihat berpihak kepadanya selepas mengambil keputusan meninggalkan parti itu.
Ginie sementara itu menolak simpati Azmin dengan menegaskan bahawa beliau menolak apa yang dilakukan Ahli Parlimen Gombak itu dalam 'Langkah Sheraton" yang menyebabkan kerajaan yang dipilih rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu runtuh.
“Saya menolak dengan tegasnya tindakan “Langkah Sheraton” kerana bersekongkol dengan kuasa kleptokrat dan perasuah yang telah pun ditolak oleh rakyat dalam Pilihanraya Umum,” kata beliau sambil menasihati Azmin untuk kembali ke "haluan yang benar" dan tidak membenarkan dirinya terus "diperalat oleh perasuah".
“Amat menyedihkan bagi seorang yang kononnya memperjuangkan politik pelbagai kaum dan melawan rasuah lebih 20 tahun tetapi akhirnya terpaksa tunduk kepada acuan parti perkauman dan perasuah.
“Adalah lebih baik Azmin menyedari partinya Parti Pribumi Bersatu tidak lagi relevan untuk masa depan tanahair kita.," tambahnya lagi.
Sementara itu, ketika mengulas simpati Azmin terhadapnya yang tidak dicalonkan semula, Ginie menyifatkan kenyataan Azmin itu cubaan PN mengalihkan fokus daripada isu rakyat. Gabungan tu kata Ginie sudah kehabisan modal bagi menghadapi PRN hujung bulan ini.
Ginie ajar Azmin maksud setia pada perjuangan |
“Pertahankan mandat rakyat sepertimana dalam Pilihan Raya Umum 2018. Itulah hasrat kita,” tambahnya yang turut dalam siri gerak kerja memenangkan calon HARAPAN, Law Bing Haw di kerusi Machap Jaya.
0 Comments