Hawk108: Anwar mahu langkah proaktif elak nahas berulang


PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kementerian Pertahanan mengambil iktibar susulan kejadian pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas berhampiran kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth pada Selasa.
 
Melalui satu hantaran di laman Facebooknya, Anwar menegaskan bahawa langkah proaktif perlu dilaksana bagi memastikan kemalangan seperti itu tidak akan berulang lagi pada masa depan.

Dalam masa sama, Ketua Pembangkang di Parlimen itu turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Kapten Mohamad Affendi Bustamy dan mendoakan kesembuhan kepada Mejar Mohd Fareez Omar yang tercedera dalam kejadian itu.

"Sayu mendengar perkhabaran duka berkenaan nahas yang membabitkan pesawat pejuang Hawk 108 malam tadi.

"Kita bukan sahaja telah kehilangan seorang perajurit malah kehilangan seorang kepala keluarga. Didoakan semoga arwah Kapten Mohamad Affendi Bustamy diterima di sisiNya.

"Semoga keluarga almarhum diberikan kesabaran yang tinggi atas kepergian tulang belakang keluarga dan saya turut mendoakan seorang lagi perajurit yang cedera, Mejar Mohd Fareez Omar diberi kesembuhan seperti sediakala," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, jenazah Mohamad Affendi dijangka dikebumikan di kampung halamannya di Muadzam Shah, Pahang hari ini.

Jenazah Allahyarham dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Seberang Jaya, di sini kira-kira jam 2 petang untuk dibawa ke kampungnya menggunakan pesawat milik TUDM setelah dituntut keluarganya.

Anwar zahir takziah buat keluarga mangsa


Manakala Mejar Mohd Fareez Omar, 33, dilaporkan yang mengalami kecederaan berada dalam keadaan selamat dan stabil dan kini sedang diberikan rawatan .


Dalam kejadian kira-kira 10.07 malam Selasa kedua-duanya sedang dalam latihan penerbangan malam sebelum terbabit dalam kemalangan.

Post a Comment

0 Comments