BEKAS Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob sekali lagi memberi isyarat kepada pengundi Melaka agar memilih Pakatan Harapan (HARAPAN).
Jika sebelum ini Mohd Khalil menyertai Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam program di DUN Kuala Linggi, kali ini beliau bersama pemimpin HARAPAN di DUN Ayer Molek yang terletak di bawah kawasan parlimen Hang Tuah Jaya.
Ia adalah kemunculan hari kedua berturut-turut Mohd Khalil bersama wakil HARAPAN.
Semalam Mohd Khalil yang pernah berkhidmat sebagai menteri besar Pahang itu hadir di kawasan DUN Kuala Linggi. Menyertai Mohd Khalil ialah Presiden Amanah, Mohamad Sabu.
"Ini menandakan satu isyarat positif kepada Pakatan Harapan," kata Naib Presiden Amanah Mujahid Yusof dalam hantaran di Facebook petang tadi.
Turut kelihatan dalam gambar yang mengiringi hantaran tersebut ialah Setiausaha Agung KEADILAN Saifuddin Nasution Ismail dan Bendahari Agung Amanah merangkap Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim.
Sebelum ini Mohamad Sabu menyifatkan kehadiran Mohd Khalil bersama calon HARAPAN di Kuala Linggi memberi impak positif buat gabungan berkenaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Jelas Mohamad sokongan Mohd Khalil secara tidak langsung membuka jalan kepada HARAPAN untuk kembali menerajui kerajaan negeri.
"Kesudian Tun Khalil untuk bersama dengan saya dan calon HARAPAN, Julasapiyah Kassim, menyantuni para nelayan di Balai Nelayan Tanjung Dahan, Kuala Linggi petang ini amat menyentuh perasaan," kata Mohamad.
Cikgu Rafee berdepan saingan 4 penjuru |
Rafee yang dikenali dengan panggilan mesra Cikgu Rafee kerana latar belakangnya sebagai seorang guru, merupakan salah seorang pejuang reformasi 1998 di Melaka.
0 Comments