PANDANGAN dilontarkan Tun Dr Mohd Khalil Yaakob terhadap calon Ketua Menteri, Adly Zahari, merupakan pengiktirafan kepada pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) di Melaka.
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berkata begitu ketika mengulas rakaman video dari bekas Yang Dipertua Negeri Melaka itu yang mengakui kagum dengan cara pentadbiran Adly.
Menurutnya, pandangan Mohd Khalil itu sekali gus menepis tohmahan pihak tentu terhadap HARAPAN dan parti AMANAH sendiri.
“Pandangan Tun ini adalah suatu penilaian yang jujur. Satu pengiktirafan terhadap Pakatan Harapan yang mentadbir Negeri Melaka sepanjang 22 bulan sebaik HARAPAN memenangi Pilihan Raya Umum 2018.
“Jelas dalam tempoh yang singkat itu, kita berjaya berperanan mengembalikan kemuliaan institusi kerajaan yang tercemar akibat salah guna kuasa dan rasuah.
“Insyaa Allah, jika Sabtu ini rakyat berikan mandat kepada Pakatan Harapan untuk tempoh lima tahun, lebih banyak manfaat akan kita jalankan
“Semoga pencerahan Tun Khalil ini, menusuk di hati rakyat Melaka untuk mereka mengundi calon Harapan pada 20 November ini, bagi mengembalikan Adly Zahari menjadi Ketua Menteri, InsyaAllah.,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.
Khalil dalam rakaman yang dikongsikan di media sosial mengakui sangat meminati cara kepimpinan Adly Zahari.
Beliau turut memuji calon bagi kerusi DUN Bukit Katil itu sebagai berintelek serta praktikal.
Beliau turut mengakui meminati sifat kepimpinan Adly namun tidak campur tangan dalam politik yang berada di belakang Adly.
Bahkan katanya, beliau tidak melihat Adly sebagai boneka kepada DAP seperti didakwa musuh politik HARAPAN kerana Adly menurutnya merupakan individu yang praktikal.
Tun Khalil meminati kebolehan Adly memimpin |
“Secara diam-diam saya meminati dia tapi saya tak boleh campur tangan politik di belakang Adly. Dan kali ini dia memimpin satu parti atau organisasi yang saya rasa boleh membantu dia,” kata Khalil dalam rakaman itu.
0 Comments