SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) dituntut agar melantik Ketua Tempat Mengundi (KTM) yang berpengetahuan mengenai perjalanan pilihan raya untuk ditugaskan semasa hari mengundi Sabtu ini.
Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Pusat, Manivanan Gowin berkata, langkah itu perlu dilakukan bagi mengelakkan insiden sama berulang di mana KTM yang mewakili SPR telah menghalang ejen mengira undi (PACA) yang mewakili calon Pakatan Harapan (HARAPAN), dari memasuki kawasan mengundi seperti dilapor media baru-baru ini.
Tindakan luar biasa itu tegasnya telah mengakibatkan penindasan hak seorang calon yang termaktub di bawah peruntukan perundangan yang sedia ada.
Justeru beliau meminta agar individu tersebut tidak lagi ditugaskan dalam tempoh pilihan raya Sabtu ini.
“Kami memohon agar Pengarah SPR mengarahkan agar KTM yang melakukan kekhilafan nyata tersebut, untuk tidak bertugas pada 20 November ini dan digantikan dengan seorang KTM yang mempunyai pengetahuan mengenai perjalanan pilihan raya,” katanya.
Pada 16 November lalu, pengundian awal di DUN Lendu dilapor telah dicemari dengan insiden di mana ejen calon HARAPAN dihalang masuk oleh KTM biarpun telah menunjukkan dokumen dikehendaki
Calon DUN Lendu, Mohamad Asri Ibrahim mendakwa, tindakan tidak membenarkan ejen calon memasuki tempat mengundi di Balai Polis Alor Gajah dan pengundian diteruskan tanpa ejen calon merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya.
“Saya ingin merujuk kepada Seksyen 12 (1) yang mengatakan bahawa;
“Pada atau sebelum hari penamaan dalam sesuatu pilihan raya, seseorang hendaklah dinamakan secara bertulis oleh atau bagi pihak setiap calon sebagai ejennya untuk pilihan raya itu.”Mengikut peruntukan Akta 5, Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, borang PACA boleh ditandatangani oleh calon ATAU Ejen Pilihanraya yang juga dikenali sebagai wakil calon.
“Saya ingin merujuk kepada Seksyen 12 (1) yang mengatakan bahawa;
“Pada atau sebelum hari penamaan dalam sesuatu pilihan raya, seseorang hendaklah dinamakan secara bertulis oleh atau bagi pihak setiap calon sebagai ejennya untuk pilihan raya itu.” Kata Manivanan yang juga seorang peguam.
Beliau turut memetik Seksyen 14 (1) yang menekankan bahawa;
“Ejen pilihan raya seseorang calon hendaklah dalam sesuatu pilihan raya — (a) melantik tiap-tiap ejen tempat mengundi, ejen mengira, kerani dan pengutus yang diambil kerja, sama ada dengan bayaran atau tidak, bagi pihak calon itu;” katanya dalam sidang media khas semalam.
Selain mahu KTM terbabit tidak ditugaskan pada hari pengundia, mereka memohon agar pegawai-pegawai SPR iaitu Pengurus Pilihan Raya (RO), Penolong Pengurus Pilihan Raya (ARO) dan khususnya Ketua-Ketua Tempat Mengundi (KTM) untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka mengikut lunas undang-undang yang termaktub di bawah Akta Pilihan Raya dan Peraturan pilihan raya.
Mereka turut memohon agar Pengarah SPR memberi amaran keras kepada Ketua-Ketua Tempat Mengundi (KTM) agar tidak mencipta peruntukan undang-undang sendiri yang melampaui kuasa Parlimen.
Tiga lagi tuntutan dari KEADILAN adalah supaya SPR memberi taklimat akhir sebelum hari mengundi tentang pematuhan dan kefahaman undang-undang dan peraturan pilihan raya kepada semua RO, ARO dan KTM yang bertugas pada 20 November 2021.
Pastikan insiden sama tak berulang |
“Kami memohon agar Pengarah SPR dan atau RO yang bertugas di Balai Polis Masjid Tanah untuk memohon maaf secara terbuka (kerana mohon maaf secara tertutup tidak memadai) kepada calon dan ejen pilihan raya Pakatan Harapan,” ujarnya.
0 Comments