SELEPAS bekas ADUN Machap Jaya, seorang lagi pemimpin parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) yang sebelum ini dikaitkan dengan Mohamed Azmin Ali membidas kenyataan Ahli Parlimen Gombak itu.
Tian Chua yang merupakan Naib Presiden parti itu mengingatkan Azmin yang kini Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) agar tidak mencampuri urusan politik bekas rakan-rakannya yang masih setia bersama Pakatan Harapan (HARAPAN) sehingga kini.
Bekas Ahli Parlimen kawasan Batu itu berkata begitu sebagai mengulas kenyataan Azmin yang mendakwa keputusan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk tidak mencalonkan semula Genie Lim di Machap Jaya pada PRN Melaka adalah disebabkan pemimpin itu pernah menyokong beliau sebelum ini.
"Saya nasihatkan Azmin kalau beliau berhasrat untuk kekal dalam PN, beliau sebenarnya telah membazirkan masa berpolitik, berjuang lebih 20 tahun.
"Daripada beliau masuk campur hal Genie (Lim), lebih baik Azmin menilai balik pendirian politik diambil beliau ketika ini.
"Beliau perlu menyedari Bersatu adalah tidak relevan dan diperakui ramai pemerhati politik, tiada masa hadapan," kata Tian Chua dipetik Sinar Premium.
Sependapat dengan Ginie, Tian Chua turut menegaskan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dianggotai Azmin kini dianggap sebagai parti yang tidak relevan dan tiada masa hadapan.
Menerusi lawatan ke Machap Jaya pada Selasa, Mohamed Azmin berkata beliau sedih dengan keputusan KEADILAN untuk menggugurkan Genie pada PRN kali ini.
BACA: Azmin kena 'sekolah' bekas penyokong sendiri
20 tahun perjuangan Azmin dianggap sia-sia |
Malah Ginie berpandangan kenyataan Azmin itu mengambarkan Perikatan Nasional kehabisan modal kempen dan cuba mengalihkan perhatian rakyat.
0 Comments