Bekas menteri yakin HARAPAN menang PRN Melaka


BEKAS menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim yakin Pakatan Harapan (HARAPAN) yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim akan beroleh kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti.

Zaid yang merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, asas keyakinannya itu susulan 'perang' yang tercetus antara parti Bersatu dan UMNO akan menyebabkan rakyat negeri Melaka akan memilih alternatif yang benar-benar tulen iaitu HARAPAN dan Anwar.

Tambahnya, beliau yakin kedua-dua BN dan PN akan kalah.

“Walaupun PRN ini sangat pelik di mana berkempen pun kena kompaun, saya yakin HARAPAN dan Anwar akan menang.

“Bersatu PN sama sahaja, mereka lebih kurang sahaja, rasuah sama, ketidaktelusan sama, tidak akauntabiliti pun sama, semua sama. Yang tulen HARAPAN dan Anwar,” katanya dipetik.

Sebagai rekod di peringkat , Umno dan Bersatu berada dalam kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob bersama parti PAS. Namun kedua-dua pihak itu berlawan sesama sendiri pada PRN Melaka dengan PAS yang sebelum ini membentuk kerjasama dengan Umno memihak kepada Bersatu yang mendominasi PN.

PRN Melaka diadakan susulan tindakan empat bekas ADUN kerajaan menarik semula sokongan mereka terhadap Ketua Menteri dari Umno, Sulaiman Md Ali.

DUN kemudian dibubarkan dan PRN diumumkan untuk diadakan. keputusan itu sebelum ini dikritik HARAPAN yang menegaskan tidak sepatutnya pilihan raya diadakan ketika rakyat masih berdepan ancaman Covid-19.

Sementara itu ketika mengulas kesan PRN itu kepada kerajaan persekutuan, Zaid berkata susulan pergaduhan antara Umno dan Bersatu, Ismail Sabri harus menjaga hati kedua-dua parti ini yang menyokong kedudukannya sekarang.

Zaid yakin rakyat kalahkan PN dan BN


Bahkan beliau tidak menolak Ismail Sabri yang melakukan kempen di Melaka hanya sekadar wayang tetapi kesetiaanya kepada Mahiaddin kerana terhutang budi atas pelantikan sebagai Perdana Menteri.


“PM kena jaga hati Najib, jaga hati Mahiaddin orang yang lantik dia jadi PM.

“Turun tu buat wayang kesetiaan mesti pada Mahiaddin sebab orang lantik dia, sebagai Umno kena buat secara simbolik lawat Melaka dan berkempen itu sahaja,” katanya ketika diminta mengulas tentang PRN Melaka,” katanya dalam satu rakaman video.

Post a Comment

0 Comments