PELUMBA basikal negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dilapor gagal mara ke suku akhir acara pecut individu Kejohanan Lumba Basikal Trek Dunia.
Dalam aksi pusingan kedua di Velodrom Couvert Regional Jean-Stablinski, Roubaix, Perancis malam tadi, pelumba kelahiran Muar, Johor berusia 26 tahun itu terpaksa akur apabila tewas di tangan pelumba sensasi Belanda yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020, Jeffrey Hoogland.
Terdahulu, beliau berjaya mara ke pusingan kedua selepas mengatasi Martin Cechman dari Republik Czech dalam perlumbaan pusingan pertama.
Pemenang gangsa Kejohanan Asia 201 itu berjaya mara ke pusingan pertama selepas menamatkan aksi kelayakan di kedudukan ke-11 dengan catatan 9.800 saat (s).
Dengan keputusan itu, perjuangan Shah Firdaus di Perancis kali ini berakhir selepas dia turut gagal melangkah ke final acara keirin apabila terkandas pada pusingan pertama, Khamis lalu.
Dalam aksi pusingan kedua di Velodrom Couvert Regional Jean-Stablinski, Roubaix, Perancis malam tadi, pelumba kelahiran Muar, Johor berusia 26 tahun itu terpaksa akur apabila tewas di tangan pelumba sensasi Belanda yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020, Jeffrey Hoogland.
Terdahulu, beliau berjaya mara ke pusingan kedua selepas mengatasi Martin Cechman dari Republik Czech dalam perlumbaan pusingan pertama.
Shah Firdaus terpaksa akur |

0 Comments