Mengapa hanya kompaun, tak henti serta merta majlis BN ?


AHLI PARLIMEN
Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan tindakan kompaun RM10,000 terhadap Barisan Nasional (BN) kerana menganjurkan majlis sosial sebagai tindakan tidak serius pihak berkuasa.

Dipetik laporan media, bekas menteri itu mempersoalkan tindakan itu sedangkan menurutnya, pihak berkuasa boleh sahaja bertindak segera membatalkan perhimpunan berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka itu.

Namun majlis di Dewan Tun Hussein Onn dan Dewan Tun Dr Ismail di World Trade Centre Kuala Lumpur yang dihadiri ramai ahli dan penyokong dari seluruh negara itu dibiar berjalan sehingga selesai.

“Peserta perhimpunan cecah ribuan orang. Tak ada social distancing, tak semak MySejahtera, tak jaga face mask, tak ada usaha nak jaga negara dari Covid.

"Pihak berkuasa boleh sahaja nak batalkan perhimpunan. Tapi majlis sempat buat sampai habis. Siap ada live lagi

“Jadi, kalau macam ni gayanya, asal ada duit, buat perhimpunan sampai habis, bayar kompaun. Setiap peserta hulur seringgit, cukup bayar RM10,000,” katanya.

Beliau sementara itu mengingatkan supaya pihak terbabit tidak menyifatkan rasa berpuas hati dengan kompaun dikenakan itu.

"Kita semua tahu ini tindakan yang tak serius, main-main dan menebalkan ego ahli politik This is too much,” kata beliau.

Mengapa majlis BN tak diarah henti?
Disebalik larangan untuk mengadakan aktiviti sosial di Melaka bermula 25 Oktober hingga 27 November 2021, BN memilih melancarkan jentera pilihan raya mereka pada majlis itu yang disiarkan secara langsung di media sosial.

Pejabat Kesihatan Kepong telah mengeluarkan kompaun kepada Setiausaha Eksekutif Barisan Nasional di bawah Akta 342 kepada Barisan Nasional pada kerana telah melanggar SOP Fasa 4 PPN bagi penganjuran majlis sosial.
 

Post a Comment

0 Comments