Kertas Pandora: Dewan panas lepas Azhar tolak usul Anwar


KETUA PEMBANGKANG, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sikap Speaker Azhar Azizan Harun yang seolah-olaj “bertindak sebagai peguam” berhubung isu kebocoran data itu.

Ia selepas Azhar menolak rayuan Anwar supaya isu berkaitan pendedahan 'Kertas Pandora' dibahaskan di Dewan Rakyat.

“Mengapa speaker nak jadi peguam kepada perasuah-perasuah ini? Kenapa?

"Saya ada dokumen dan bagaimana seorang menteri boleh simpan saham di sana begitu banyak…(wang) ini dari mana dari langit? Itu bermakna dari sini…wang yang dibawa keluar, ratusan bilion," kata Ahli parlimen Port Dickson itu.

Kertas Pandora merujuk kepada pendedahan pemilikan aset kewangan luar pesisir, yang turut melibatkan menteri, timbalan menteri dan hartawan Malaysia.

Azhar sebelumnya menolak isu itu dibahaskan menggunakan bawah Peraturan 43, Keputusan dibuatnya adalah muktamad.

Dalam jawapan balas berhubung tindakan beliau menolak usul itu, Azhar berkata, Kertas Pandora bukan mengenai pengeluaran duit dari dalam negara ke luar pesisir tetapi pendedahan pegangan saham di syarikat luar pesisir.

Tambahnya, sesetengah saham menurut kenyataan di luar sana, nilainy bukan bernilai berbilion, namun sekadar lima pound sahaja.

“Kalau betul hanya lima pound bahas la di sini.

"Sumber saya bukan sekadar di media, sumber saya lebih daripada itu, sebab itu saya nak bawa perkara ini ke Parlimen untuk dibahaskan,” kata Anwar sambil menegaskan gesaan untuk isu itu dibahaskan bukan bukan untuk menghukum tetapi supaya persoalan yang berlegar dikalangan rakyat mengenai isu itu terjawab.  

Pada 4 Okt lalu, Anwar yang juga Presiden PKR mengemukakan usul supaya Dewan Rakyat segera membahaskan pendedahan Kertas Pandora berhubung transaksi kewangan yang menyalahi undang-undang negara melibatkan beberapa nama besar.

Perlu dibahaskan supaya persoalan rakyat terjawab
Bagaimanapun, Azhar menolak usul itu atas sebab ia tidak perlu disegerakan sehingga memaksa persidangan mengetepikan urusan-urusan yang telah ditetapkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat.

Anwar sementara itu menegaskan, walaupun individu berkenaan mempunyai akaun di luar pesisir negara, ini tidak bermakna mereka boleh menyimpan begitu banyak wang.
 

Post a Comment

0 Comments