Kertas Pandora: Anwar tempelak sikap diam diri jaguh Melayu-Islam


DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
hari ini menempelak sikap membisu pemimpin yang sebelum ini mendakwa mereka sebagai jaguh Melayu-Islam dalam isu pendedahan Kertas Pandora.

Ketika perbahasan di Dewan Rakyat, Anwar yang juga merupakan Ketua Pembangkang berkata, sikap membisu ditunjukkan pemimpin Umno, Bersatu dan PAS itu adalah mengejutkan kerana ia mengkhianati nilai-nilai Melayu-Islam sebagaimana yang sering dijadikan modal politik mereka.

“Kalau kita ini semua jaguh Melayu, adakah budaya Melayu mengizinkan rompakan harta begitu besar.

“Hasilnya disebut sama ada peniagaan halal, rasuah, pembalakan, drug trafficking (penyeludupan dadah), women trafficking (pemerdagangan wanita)?

“Hal ini belum dengar daripada pejuang Melayu dan juga pejuang Islam. Ada percanggahan antara apa yang dilaungkan pihak perjuangan hak tapi kita izinkan kebatilan,”  tegasnya.

Anwar sering kali mendesak supaya isu berkaitan skandal pemillikan aset kewangan luar pesisir didedahkan Kertas Pandora' dibahaskan, ia jelasnya supaya persoalan yang bermain di fikiran rakyat dapat dijawab.

Menurutnya, adalah satu ketidakadilan buat rakyat untuk emimpin dibenarkan untuk memunggah kekayaan ke luar negara, sedangkan negara terus miskin dengan jutaan rakyat menggangur dan ramai yang kelaparan.

Kertas Pandora merupakan dokumen yang dibocorkan daripada 14 penyedia perkhidmatan yang membantu individu menubuhkan entiti luar pesisir, kebanyakannya berada di syurga cukai (tax haven).

Pusat Kewartawanan Penyiasatan Antarabangsa yang berpusat di Washington DC memperoleh dokumen tersebut yang kemudian memberikan akses kepada rakan kongsinya di seluruh dunia, termasuk portal Malaysiakini.

Malaysiakini telah menamakan segelintir rakyat Malaysia dalam Kertas Pandora itu termasuk bekas menteri kewangan dan tokoh korporat Daim Zainuddin, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Kertas Pandora menjadi perhatian ramai setelah ia dikaitkan dengan individu berprofile tinggi ditambah dengan keputusan speaker Dewan Rakyat Azhar Harun yang menolak rayuan Anwar supaya Kertas Pandora dibahaskan.

Sementara itu, ketika mencelah bidasan Anwar itu, Mohamad Sabu (HARAPAN-Kota Raja) secara berseloroh mendakwa ketua pembangkang itu cemburu terhadap mereka yang memiliki kekayaan di luar negara.

Mana suara pejuang Melayu-Islam?
“Port Dickson jangan la cemburu. Kita nak belajar macam mana nak cari duit, saya (sudah) empat penggal (menjadi anggota) parlimen (tetapi) tak ada juta duit,” kata presiden amanah itu.

Anwar, sebaliknya menasihatkan Mohamad supaya tidak belajar perkara-perkara seperti itu yang hanya akan membawa kerugian.

“Saya saran Kota Raja jangan belajar hal ini. Kesannya, org Islam merempat, orang Melayu susah.

“Negara akan muflis hancur,” katanya.

Post a Comment

0 Comments