Dana KWAN: Jangan berlaku ketirisan yang rugikan generasi depan - Anwar


KERAJAAN digesa supaya bersikap telus dan memastikan tiada ketirisan berlaku dalam pengurusan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU KWAN) (Pindaan) 2021 semalam berkata, dana KWAN perlu diurus dengan baik kerana ia adalah wang untuk generasi akan datang.

Beliau tidak mahu ketirisan dalam mengurus dana KWAN akan menyebabkan generasi akan datang menanggung hutang yang tinggi akibat kesilapan generasi masa sekarang.

Dewan Negara semalam meluluskan RUU Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) (Pindaan) 2021 untuk meminda Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988 (Akta 399).

Pindaan RUU itu bagi memasukkan bahagian baharu iaitu Seksyen 6 (c).

Ia bertujuan membenarkan dana KWAN digunakan untuk perolehan vaksin dan apa-apa perbelanjaan berhubung vaksin bagi sesuatu wabak dan apa-apa penyakit berjangkit seperti dinyatakan bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Gunakan dana negara dengan bijak dan cermat
Selain menggesa pengurusan dana yang cermat dan tidak berlaku ketirisan, beliau turut menuntut tatakelola yang ketat. Anwar turut membangkitkan hal berkaitan perolehan vaksin Covid-19 sebelum ini yang dilihat lemah.

“Sampai sekarang kita tiada maklumat yang lengkap dan teliti tentang kos vaksin dan juga perincian kaedah perolehannya,” katanya.



Post a Comment

0 Comments