BEKAS Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad mahu kerajaan menurunkan harga kit ujian kendiri air liur kepada RM10.
Tegasnya, kerajaan perlu memastikan ujian kendiri Covid-19 menjadi salah satu alatan penting yang dimiliki orang ramai terutama ketika keadaan negara memasuki fasa endemik.
“Kalau contohnya kita mahu keluar rumah, ada rasa sikit tak sedap badan, bergejala dan sebagainya, segera kita buat sendiri ujian air liru. Andainya negatif, kita boleh keluar rumah.
“Saya mahu ‘testing saliva’ RTK benar-benar menjadi ‘the game changer’ dalam kita memasuki transisi endemik. Petama, ia mesti pertama murah, dan yang kedua, perlu mudah untuk kita beli.
“Dalam konteks ini, kalau boleh harganya kurang dari RM10 per kit. Kalau dapat RM5 lebih baik. Ini adalah untuk membantu rakyat,” katanya dalam sidang Parlimen semalam.
Kerajaan baru-baru ini menetapkan harga runcit maksimum bagi setiap set kit ujian kendiri Covid-19 pada RM19.90, manakala harga borong ditetapkan RM16.
Kit kendiri boleh jadi 'game changer' lawan Covid-19 |
Walau bagaimanapun ramai mahu harga kit itu dikurangkan lagi memandangkan ia cuma akan digunakan sekali sahaja untuk setiap kali ujian dijalankan.
0 Comments