KETUA PEMBANGKANG, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor telah menerima “surat kenaikan status” yang mengesahkan pejabatnya kini menikmati kemudahan setara pejabat menteri.
Perkara tu dimaklumkan Setiausaha Organisasi DAP Athony Loke Siew Fook dengan berkata surat berkenaan diserahkan sendiri Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob kepada Anwar dalam mesyuarat kedua jawatankuasa pemandu berhubung Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan Pakatan Harapan (HARAPAN).
HARAPAN sebelum ini menerima tawaran bagi persefahaman itu dengan tujuan mewujudkan landskap politik baharu dan stabil dalam negara selain memudahkan pelan pembaharuan dalam tatakelola pentadbiran kerajaan khususnya memperkasakan peranan institusi Parlimen dijalankan.
Anwar sebelum ini pernah secara tegas menolak 'tawaran' hampir serupa oleh Ahli Parlimen Pagoh, Mahiaddin Md Yassin.
Tawaran ketua pembangkang setara dengan menteri kanan dilontar Mahiaddin ketika dia bergelut untuk mempertahan jawatannya itu dilihat sebagai tindakan licik.
Ia berbeza dengan tawaran dibuat Ismail yang dibuat ketika Ahli Parlimen Bera itu menikmati sokongan majoriti Ahli Parlimen yang tidak dimiliki Mahiaddin ketika tawaran sama dilontarkan.
Pejabat Ketua Pembangkang kini nikmati kemudahan |
“Beberapa pindaan Perlembagaan Persekutuan akan dibentangkan dalam persidangan yang akan datang,” katanya tanpa membutirkan secara terperinci.
0 Comments